PUTERI ARRISHA BT HASAFANDEE (17DHK14F1092)
LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
Pada 26 Ogos 2014 kelas DHK1C telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara .
Pada 26 Ogos 2014 kelas DHK1C telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara .
LAPORAN
26 Ogos 2014 jam 6.30 pagi seramai 37 orang pelajar dan seorang guru pengiring mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara . Kami berkumpul di hadapan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti bagi mengambil kehadiran pelajar . Kami mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai di Muzium Negara . Kami tiba di muzium kira-kira jam 10 pagi . Sebaik kami tiba di sana , kami di sambut oleh dua orang staf muzium iaitu Encik Badrol Hisyam Bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun Binti Azmi . Kami dibawa melawat di sekitar kawasan muzium . Encik Badrol Hisyam telah menceritakan serba sedikit tentang sejarah Malaysia daripada awal tamadun , sistem pemerintahan , perkembangan sosial , penjajahan serta pembentukan Malaysia . Pelbagai bukti dan contoh yang ditunjukkan kepada kami . Selama dua jam kami dibawa melawat di sekitar muzium . Pelbagai ilmu yang dapat kami timba berdasar apa yang telah diceritakan oleh Encik Badrol Hisyam . Pada jam 12 tengahari , kami menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh AJK makanan . Selesai makan tengahari , kami diberi kebenaran oleh guru pengiring iaitu Encik Kazar untuk melawat sekali lagi di sekitar muzium untuk mengambil gambar bagi menyiapkan tugasan yang diberikan . Jam 1.30 tengahari , kami berkumpul di tempat yang telah ditetapkan untuk pulang semula ke politeknik . Kami singgah di kawasan rehat & rawat Sungai Buloh bagi menunaikan solat fardhu zuhur . Kami memulakan semula perjalanan pada jam 3 petang dan kami selamat tiba di politeknik pada jam 4.30 petang . Itulah serba sedikit yang dapat saya ceritakan tentang lawatan sambil belajar yang kami adakan .
KESIMPULAN
Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari sepanjang lawatan sambil belajar di Muzium Negara . Sebagai rakyat Malaysia , kita perlu tahu tentang salasilah negara kita bagi memupuk semangatpatriotik dan cinta akan negara .
ok
ReplyDeleteis very good like a beautiful passage 😍😍
ReplyDelete