Friday, September 26, 2014

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

PUTERI ARRISHA BT HASAFANDEE  (17DHK14F1092)

LAWATAN KE MUZIUM NEGARA


     Pada 26 Ogos 2014 kelas DHK1C telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara .

LAPORAN 
26 Ogos 2014 jam 6.30 pagi seramai 37 orang pelajar dan seorang guru pengiring mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara . Kami berkumpul  di hadapan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti bagi mengambil kehadiran pelajar . Kami mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai di Muzium Negara . Kami tiba di muzium kira-kira jam 10 pagi . Sebaik kami tiba di sana , kami di sambut oleh dua orang staf muzium iaitu Encik Badrol Hisyam Bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun Binti Azmi . Kami dibawa melawat di sekitar kawasan muzium . Encik Badrol Hisyam telah menceritakan serba sedikit tentang sejarah  Malaysia daripada awal tamadun , sistem pemerintahan , perkembangan sosial , penjajahan serta pembentukan Malaysia . Pelbagai bukti dan contoh yang ditunjukkan kepada kami . Selama dua jam kami dibawa melawat di sekitar muzium . Pelbagai ilmu yang dapat kami timba berdasar apa yang telah diceritakan oleh Encik Badrol Hisyam . Pada jam 12 tengahari , kami menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh AJK makanan . Selesai makan tengahari , kami diberi kebenaran oleh guru pengiring iaitu Encik Kazar untuk melawat sekali lagi di sekitar muzium untuk mengambil gambar bagi menyiapkan tugasan yang diberikan . Jam 1.30 tengahari , kami berkumpul di tempat yang telah ditetapkan untuk pulang semula ke politeknik . Kami singgah di kawasan rehat & rawat Sungai Buloh bagi menunaikan solat fardhu zuhur . Kami memulakan semula perjalanan  pada  jam 3 petang dan kami selamat tiba di politeknik pada jam  4.30 petang . Itulah serba sedikit yang dapat saya ceritakan tentang lawatan sambil belajar yang kami adakan .




KESIMPULAN 
Pelbagai  ilmu yang dapat dipelajari sepanjang lawatan sambil belajar di Muzium Negara . Sebagai rakyat Malaysia , kita perlu tahu tentang salasilah negara kita bagi memupuk semangatpatriotik dan  cinta akan negara .